Beauty Tips

Skin Fasting

By January 23, 2020 No Comments

Skin Fasting. Pernah tau tak info tentang Skin Fasting.

Less is better. Less is more.

Skin fasting ni senang je. Sangat penting jugak korang buat kalau korang nak kulit yang lebih sihat dan balance. Ni tak semestinya kalau skin masalah. Macam Dilla yang takde masalah skin ni akan buat seminggu sekali untuk
skin fasting ni. Malam tak guna apa2 krim.

Kalau korang baca, wanita Jepun lebih terkenal dengan kulit yang lambat mengalami tanda-tanda penuaan macam kedutan.

Amalan terkenal mereka untuk capai kulit lambat berkedut ialah Skin Fasting, atau Puasa Kulit.

Salah satu teknik Skin Fasting ialah dalam tempoh seminggu ada satu malam di mana wanita Jepun tidur tanpa memakai krim malam pada kulit wajah.

Tujuan tujuan dia untuk kuatkan tekstur semula jadi kulit yang boleh dilemahkan oleh penggunaan produk pembersihan yang berlebihan (terutama produk dengan ramuan sintetik).

Dengan Skin Fasting, wanita Jepun percaya ia dapat menormalkan rembesan minyak semula jadi dari dalam kulit yang merangsang proses pemulihan kulit secara semula jadi.

Kalau Skin korang breakout. Restla dulu skin dari mekap. Dari 7-10 step bagai tu. Step dia mudah. 2 items je yang digunakan setiap kali sesi fasting. Pencuci muka dan Sunblock sahaja. (pastikan no paraben, no sls, fragrance) . Kalau jerawat teruk guna Puretox untuk redakan.

Yang lain biarkan kejap.

Tujuan buat skin fasting ni sebenarnya untuk rehatkan muka. Untuk bagi peluang pada kulit untuk bekerja dan kenal dengan kehendak dan keperluan dia tanpa perlu stress dan bekerja untuk bertindak balas dengan bahan yang kita letakkan kat muka.

Bila kulit kita dah mula kenal apa yang dia nak, apa yang diperlukan, kulit akan berehat dari bekerja keras. Bila dah rehat confirm la kulit akan kembali sihat tanpa korang sedar.

Bagi masa. Proses ni bukan 1 cycle tau. Buat la secara konsisten at least seminggu sekali. Atau jika kulit korang memang tengah bermasalah, buat la selama seminggu.

Apa pun tindakan korang, kenali kulit dulu. Belajar bagi apa yang diperlukan. Jangan paksa dan jangan pula dibiarkan macam tu je.

Trust me. Buat sekali dan korang akan dapat rasa perubahan tu.

X